HBMT 2103 Teaching Mathematics in Year Two

Mengandungi video tentang bagaimana isipadu cecair disukat, bahan bantu mengajar tajuk isipadu cecair dan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian

Saturday, November 27, 2010

Pengenalan kepada tajuk Isipadu Cecair

1.      Istilah isipadu cecair bolehlah dapat diterjemahkan kepada sebagai suatu ruang yang dipenuhi oleh bahan berbentuk tiga dimensi sama ada bahan tersebut terdiri daripada bentuk pepejal mahupun cecair. 
2.      Manakala pengukuran cecair pula ialah jumlah cecair yang bolah dimasukkan di dalam sesuatu ruang (seperti gelas, bikar, botol dan sebagainya yang boleh menampung cecair tersebut). 3.      Tajuk isipadu cecair mula diperkenalkan dan diajar semasa murid berada di Tahun 2. Perbandingan di antara ruang seperti menggunakan istilah ‘penuh’, ‘separuh penuh’, ‘kosong’, ‘lebih’, ‘kurang’ dan ‘banyak’ telah diterangkan di dalam tajuk pengenalan isipadu cecair terhadap murid-murid Tahun 2.
4.        Seterusnya mereka didedahkan dengan penggunaan pengukuran standard atau unit piawai bagi mengukur isipadu cecair iaitu ‘liter (Ɩ)’ dan ‘mililiter (mƖ)’.
5.       Walaubagaimanapun, penggunaan pelbagai ruang yang berbeza dari segi saiz, bentuk, warna, ketinggian dan luas dalam mengukur isipadu cecair menyebabkan murid-muird Tahun 2 kadang kala keliru mengenai ukuran sebenar isipadu cecair tersebut.  

Bahan Bantu Mengajar untuk Murid Berprestasi Rendah

 

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran untuk Murid Berpencapaian Rendah

 Kumpulan Sasaran: Murid Berpencapaian Rendah

Matapelajaran: Matematik
Tahun : 2 Dahlia
Masa : 7.40 - 8.40 pagi
Topik: Isipadu Cecair
Sub Topik: Menyukat dan membanding isipadu
Objektif : Menyukat dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul
Hasil Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran:
                                         a)murid dapat menyukat dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan                                       unit  bukan piawai dengan betul.
Bahan-bahan: 2 set air berwarna, cawan mini dan bekas kosong 
Nilai Murni: Bekerjasama

Set Induksi.
Guru membawa dua buah balang berlainan saiz yang di dalamnya mengandungi gula-gula. Kemudian guru meminta setiap murid di dalam kelas itu untuk cuba menganggar bilangan gula-gula yang ada di dalam setiap balang tersebut. Akhir sekali guru mengaitkannya dengan tajuk yang akan diajar pada hari ini.

Langkah Pengajaran.
1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Guru menunjukkan 2 bekas berisi air berwarna seperti dalam rajah 1 (Set A dan Set B).
3. Guru meminta setiap kumpulan meneka dengan membuat anggaran - bekas manakah yang mempunyai isipadu cecair berwarna merah yang paling banyak dan bekas manakah pula yang berisipadu kurang.
4. Setiap kumpulan akan menjalankan eksperimen dengan menyukat isipadu cecair berwarna merah dalam Set A dengan menggunakan cawan mini.
5. Murid menuang cecair ke dalam cawan mini sehingga penuh satu demi satu dan meletakkan cecair tersebut ke dalam bekas besar sebagai proses pengasingan.
6. Satu bekas mewakili satu unit ukuran bagi cecair.
7. Murid mencatat bilangan cawan yang digunakan dalam proses mengosongkan cecair dalam Set A sepeti jadual di bawah.

Bekas
Set A
(Botol air)
Set B
(Silinder Penyukat)
Ukuran menggunakan cawan mini



8. Proses yang sama akan dilakukan dalam menyukat isipadu cecair berwarna yang terdapat dalam Set B dengan menggunakan cawan mini yang sama saiz.
9. Berdasarkan catatan bilangan cawan mini yang digunakan semasa proses pengasingan cecair, guru membimbing murid membuat kesimpulan berdasarkan bentuk bekas dan bilangan cawan yang digunakan untuk menyatakan bekas manakah yang mempuyai isipadu cecair yang paling banyak dan sebaliknya.

Penutup
Guru menekankan bahawa bekas yang tinggi tidak semestinya mempunyai isipadu cecair yang banyak berbanding bekas yang rendah. Guru juga menekankan bahawa kemahirang membuat anggaran adalah penting dalam kehidupan seharian.




Bahan Bantu Mengajar untuk Murid Berprestasi Tinggi

 

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran untuk Murid Berpencapaian Tinggi

Kumpulan Sasaran – Murid Berpencapaian Tinggi

Matapelajaran : Matematik
Tahun : 2 Siantan 
Masa : 10.15am – 11.15 pagi
Topik : Isipadu cecair
Sub-topik : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Objektif : Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
                               a) mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai 
Alat Bantu Mengajar : Gelas, Jag Air, Tin, Botol Mineral dan Mangkuk
Nilai murni : Berhati-hati 


Set Induksi

Guru bertanya kepada murid beberapa soalan berkenaan dengan kehidupan seharian berkaitan isipadu cecair.
Contoh :
“Adakah jag ini berisi penuh air?”
“Apakah yang perlu kita lakukan jika cuma hendakkan separuh penuh air dalam jag air ini?”


Langkah Pengajaran.

1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Guru mengagihkan 4 set alat yang berbeza iaitu jag air, tin, botol mineral dan mangkuk kepada setiap murid mengikut kumpulan masing-masing.
3. Guru meminta murid mengisi satu gelas air ke dalam setiap bekas dan membuat perbandingan diantaranya.
5. Setiap kumpulan akan mula merekod jumlah bilangan gelas air yang di isi ke dalam setiap bekas sehingga penuh dan menerangkan kepada rakan kumpulan lain hasilan daripada dapatan yang diperolehi.


Jadual 1:Menyukat isipadu cecair dengan bukan standard unit.

Penutup


Guru membimbing murid membuat anggaran bilangan kuantiti gelas berisi air ke dalam bekas seperti kosong,penuh atau separuh penuh. Untuk aktiviti ini murid akan mengenalpasti berapa banyak kandungan air yang dapat di isi ke dalam setiap bekas dengan menyatakan sukatan yang betul. Peneguhan daripada guru ialah bekas yang besar akan mempunyai kuantiti yang lebih banyak. Namun begitu, perkara paling penting ialah kuantiti akan berbeza jika saiz bekas tidak sama.Ini akan dapat diketahui murid selepas mereka membuat ujikaji seperti diatas.

Friday, November 26, 2010

Kesimpulan

Kaedah menyukat isipadu cecair memerlukan kefahaman yang tepat. Diharapkan agar murid-murid tidak terpengaruh dengan saiz bekas atau ketinggian bekas dalam menentukan isipadu cecair tertentu.Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita sebagai guru seharus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkaoperasi konkrit. 
Pada peringkat asas, penggunaan alatan tanpa unit standard seperti penggunaan cawan atau bekas kecil boleh digunakan bagi menyukat isipadu cecair. Untuk penyukatan yang tepat, penggunaan alatan yang bersenggat seperti bikar makmal atau silinder penyukat adalah disarankan penggunaannya.Ketika usia sebegini, kanak-kanak hanya boleh menerima dan memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit.
 Oleh itu,  alat bantuan bantu mengajar dapat membantu murid memahami konsep matematik. Ahli matematik Piaget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran adalah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan bahawa kepentingan interaksi idea antara kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan yang lain penting untuk perkembangan mental mereka.
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering).
Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Ini terbukti semasa pengajaran dan pembelajaran dalam subtopic isipadu cecair yang telah dijalankan. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep yang baru hendak difahami. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep dan tindakan-tindakan yang berguna dengan berpandukan kepada keadaan persekitaran, bahan yang mudah didapati dan masa yang tekah diperuntukkan.Apa yang penting, murid-murid perlu faham bagaimana untuk menyukat isipadu cecair dengan betul dan menggunakan alatan yang betul agar dapat mengaplikasikan kemahiran menyukat isipadu cecair dalam kehidupan seharian.

What's there in this blog?

Misconception on capacity may arise among the students while teaching Volume of liquid especially when comparing capacity of two containers that hole more. Students often make the comparison on height rather than its capacity. Find ONE (1) video in the internet that show how volume of liquid are measured.Create TWO (2) teaching aids that can be applied to Year Two (2) teaching activities; each for high achiever and low achiever students. Finally, you are required to develop your own blog and post the video, teaching aid and teaching activities in your blog. You are free to choose any platform that are available in the internet.

Thursday, November 25, 2010

Cara menyukat isipadu menggunakan silinder penyukat.

Memandangkan murid-murid di sekolah rendah telah didedahkan dengan subjek Sains seawal Tahun 1,maka penggunaan silinder penyukat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat bersesuaian dengan teknik pengajaran yang bakal digunakan. Murid-murid tidak berasa kekok dengan penggunaan silinder penyukat kerana mereka telah didedahkan dengan alat itu semasa subjek Sains.


Video berkenaan aktiviti ini boleh diikuti di:
http://www.youtube.com/watch?v=iPkZlce84ag

Menyukat 600ml isipadu cecair

Daripada video ini, ia menerangkan berkenaan bagaimana untuk menyukat 600ml cecair. Tajuk ini memang agak tinggi kemahirannya untuk murid Tahun 2 namun saya selitkannya juga sebagai aktiviti pengayaan untuk murid-murid yang aras kemahirannya agak tinggi berbanding murid-murid pada peringkat umurnya. Seperti mana yang kita maklum, pengajaran 'step by step' diterangkan di dalam video ini. Bermula dengan penyukatan 250 ml kemudiannya beralih kepada sukatan 550ml dab akhir sekali kepada tujuan utamanya iaitu 600ml. Oleh itu saya berpendapat video ini amat sesuai untuk murid-murid yang berada pada aras tinggi untuk belajar sesuatu yang lebih mencabar berbanding kemahiran yang sedia ada.


Video berkenaan kemahiran ini boleh diikuti di: