Kaedah menyukat isipadu cecair memerlukan kefahaman yang tepat. Diharapkan agar murid-murid tidak terpengaruh dengan saiz bekas atau ketinggian bekas dalam menentukan isipadu cecair tertentu.Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita sebagai guru seharus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit.
Pada peringkat asas, penggunaan alatan tanpa unit standard seperti penggunaan cawan atau bekas kecil boleh digunakan bagi menyukat isipadu cecair. Untuk penyukatan yang tepat, penggunaan alatan yang bersenggat seperti bikar makmal atau silinder penyukat adalah disarankan penggunaannya.Ketika usia sebegini, kanak-kanak hanya boleh menerima dan memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit.
Oleh itu, alat bantuan bantu mengajar dapat membantu murid memahami konsep matematik. Ahli matematik Piaget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran adalah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan bahawa kepentingan interaksi idea antara kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan yang lain penting untuk perkembangan mental mereka.
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering).
Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Ini terbukti semasa pengajaran dan pembelajaran dalam subtopic isipadu cecair yang telah dijalankan. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep yang baru hendak difahami. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep dan tindakan-tindakan yang berguna dengan berpandukan kepada keadaan persekitaran, bahan yang mudah didapati dan masa yang tekah diperuntukkan.Apa yang penting, murid-murid perlu faham bagaimana untuk menyukat isipadu cecair dengan betul dan menggunakan alatan yang betul agar dapat mengaplikasikan kemahiran menyukat isipadu cecair dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment